Friday, December 21, 2012

It's not too bad, not too good but alhamdulilah...


Assalamualaikum w.b.t. :)

Ehem.. hm bismillahirrahmannirrahim. :) Okay.. Aish apesal nervous nak update pasal result PMR ni? hahaha okay. first nk ckp, sorry a lot a lot a lot sbb tk dpt nak update last two days, haha agak busy yo. Busy ngn life? Ececehhh tkdelah. Nk beli barang sekolah ape semua tu yg tk sempat nak update. Belum beli anyway, hahaha. Just tgk tgk je. Ehemm hm okay mcm ni. Ika tkde gmbr masa amik result tu. because I'm too nervous and scare.. hahaha. Pkai baju sekolah and I look messy -.- nmpk sakai pun ade. hahah tension -,- Okayyy dah! Stop thinking and talking about the past. It's already happen! And sape kita untuk menghalang? Cehhhh. Anyway, I'm just too emotional smpai tk tertulis about my result. Hahaha korang mesti surprise kan? Aw aw k no one cares actually. Lol. Okay here. Alhamdulillah it's not too bad nor too good but, syukran jazilan ya Allah... Ika tkde gagal but I just got 2A. Yuhuuuu~ alhamdulillah :'D I'm just over exciting and happy dgn result Ika.. Heeee~ sbb tk sngke. I just target biasa and dpt lebih dri ape Ika sangkakan. :') Alhamdulillah. syukran syukran. Hihi.

Yg lain semua B, C and one D :( Sejarah. Hm mmg deserve pun sbb tk minat. Hahahaha. Terkilan sikit sbb B tu agama :'( Kalau A dah boleh masuk sekolah Hishamuddin, sekolah agama tu :( Hmmm. Tkpe tkde rezeki kot. Cuba next time. Hehehehe ;B so lepas ni kerja Ika adalah menentukan masa depan. I mean, not me yg menentukan but planning for the best thing ever in my future, insyaAllah. Tapi ingt! Sebaik baik kita merancang, perancangan Allah tu lebih baik sbnrnya :D hehehek. Yeah trust on Him but kita cuma berusaha je lah mana yg mampu and the rest biar Allah yg uruskan. Ika nak jadi lecturer but not sure boleh ke tk 'cause I'm too shy to talk too much :( Haih. Nk jadi ustazah, hmmm tkde lah pandai mana dlm agama ni but sikit sikit. Nak jadi guru bahasa, hmmmmm. Fly to Mesir, jadi lecturer guru bahasa dekat universiti Al-Azhar?! SubhanAllah! INSYAALLAH~~~~ hihih pray for me okay??? Heeeee I love you guyss~~

I guess, I need to stop here. And hit a shower. Get ready for maghrib. Hehehe see you guys soon, insyaAllah. Assalamaualaikum~~



Thanks for reading. xoxo

Monday, December 17, 2012

Perubahan setiap manusia.

Assalamualaikum w.b.t ya ahli ahli blogger yg ku sayang. Hihi. Tkde ape lah sgt harini. Title pun mcm tkde hala tuju je. Hahahah. Anyway, cantik tak blog ni? Ehehe tk seberapa pun. Edit background header and tambah lagu je. Huhuh u__u rasa bosan tgk yg lama. Hahaha. So every single thing of course kita rasa bosan benda yg sama right? But not for a people who doesn't like people who they love, changing all the time. I mean, berubah ke arah yg berlainan. You know berlainan? Haha. Berlainan means mcm lain drpd sudut pandangan, lain drpd sudut cara pergaulan. Haa tu lainnya. Mmg setiap manusia ade yg nak berubah. Berubah ke arah kebaikan pun ade, ke arah kejahatan pun ade. Hm kebaikan tu okay but takut org sekeliling tk suka je. Hm tkpe, biar orang tk suka, asalkan Allah suka. Haaa dongar yo tuu. Amik nota skrg! Catat ape Ika ckp ye dok? hahaha Perubahan mcm Ika ni, hm tk tahulah baik ke tak. Dari sikit sikit, lama lama jadi bukit, alhamdulillah. Tapi skrg Ika tk nk tunjuk, jadi riak. Nanti.. ya Allah berdosanya diri ni bila ade niat, ade hati untuk tunjuk satu dunia. Astaghfirullahalzim... Moga Allah ampunkan dosadosa kita, dan perbaiki diri dan niat masingmasing. insyaAllah.. Perubahan jahat pula, contoh. ni contoh ye bukan betul, dari pakai tudung, buka tudung. Dari solat 5 waktu, jadi 2, 3 ade yg langsung tk. Dulu Ika mcm tu. solat jelah. tudung alhamdulillah Ika stay and hope dpt teruskan smpai akhir hayat. Kadang-kadang ade hikmah disebalik perubahan. Yg kebaikan dtg dari Allah S.W.T, yg buruk dtg dari diri sendiri. Jangan terlalu salahkan syaitan yg sentiasa tk hentihenti hasut kita tapi kita ade daya ade kekuatan untuk menolaknya. Wallahualam.

Ika harap Ika tk nasihatkan orang tapi diri ni, mcm ape je. Ibaratkan ketam mengajar anak dia jalan lurus tapi dirinya pun tk terurus ni kan pula nak mengajar orang. Allahurabbi.. :/ ya Allah, bimbingilah aku ke jalan-Mu ya Allah. Sekiranya aku terpesong sikit ke jalan syaitan, tariklah aku kembali ke jalan-Mu ya Allah... Dan juga keluarga ku, serta kawankawan ku di luar sana.. Ampuni dosa mereka, ya Allah. Aamiin, ya rabbal alamiin~

P.S: Ika suka pula lagu kt blog ni. Hehehe :D
Thanks for reading. xoxo

Sunday, December 16, 2012

Jalan lurus menuju Jannah..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t muslim, muslimat yg dirahmati Allah S.W.T :) So, dlm post this time pula Ika nak cakap sikit psl pasangan yg tgh manis bercinta. Dalam bahasa barat kata 'couple'. Dalam Islam tkde mengajar kita untuk 'couple' actually tapi Islam mengajar kita untuk bercinta selepas nikah, selepas jadi halal untuk kita. Supaya kita dpt elakkn diri drpd perbuatan zina dan maksiat. Sebab tu Ustaz Azhar dan para ulama yg lain kata 'couple' itu haram hukumnya. Nauzubillah, Ika pernah buat tu. Ika dah berdosa sebenarnya. Ye Ika ngaku. Ika jahil tk tahu pape. Dulu amik ringan psl 'couple' ni sbb terikutkan kawan sebaya yg dah ade pasangan and rasa mcm, 'ehh aku pun nak gk rasa dihargai, dicintai.' tapi sesungguhnya keinginan Ika yg dulu tu membuatkan Ika di baluti dosadosa.. MasyaAllah.. tapi alhamdulillah Ika dah mula sedar. Dan Ika pun dah tkde ape ape kaitan dgn mana mana lelaki yg bukan mahram. Cinta, rindu itu mmg dtg dari Allah S.W.T yg kita tk dpt nafikan. Tapi Allah kurniakan akal dan upaya kita untuk berfikir dan upaya kita untuk mengelaknya. Allah sengaja menguji hamba-hamba-Nya. Nak tgk sama ada kita terikut turutan nafsu kita atau ikut jalan Allah? Ya Allah, Ika betulbetul menyesal dan janji tkkn buat lagi, insyaAllah.. Jadi Ika nasihatkan, tk kira kita ni siapa, kita tetap hamba Allah. Baliklah pada Dia yg Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Ika yakin Allah dpt maafkan kita semua, InsyaAllah.. tk salah kalau nak mencuba, ye dok? Hihi. Buanglah rasa perasaan tu jauhjauh. Umi pun pesan, "jangan couple dulu, jangan mulakan, belajar dulu erti kehidupan.." insyaAllah umi :')

Ika cuba nak elakkan kawankawan Ika utk couple tapi apakan daya, Ika cuma mampu bagi nasihat dlm twitter je.. Ika tk mampu nak berdepan. Entahlah, nak jaga hati rasanya? Tapi ni dah jadi tanggungjawab sbgai kawan and sbgai umat Islam untuk menegur. InsyaAllah Ika cuba ye :) Okaylah sikit je Ika tulis. hm sikit ke? haha insyaAllah Ika post lagi next time. Assalamualaikum ;)

P.S: PMR's result is coming up on this Wednesday. Ya Allah, permudahakanlah segalanya.. Aamiin~
Thanks for reading. xoxo

Wednesday, December 12, 2012

Rasulullah S.A.W never hit a woman.



Assalamualaikum w.b.t muslim muslimah yg diberkati Allah S.W.T. Satu peringatan buat semua (credit to Afdlin Shauki yg capture this picture from Gaza), Rasulullah TK PERNAH AJAR umatnya yg berjantina lelaki untuk memukul perempuan. Baginda sendiri tk pernah pkul perempuan/isteri-isteri baginda. Baginda mengajar kita untuk hormat perempuan, bukan pandang rendah pada muslimah yg berhati lembut, berjiwa lemah. INGAT! Walau selembut wanita, selemah kami, KAMI TETAP AKAN BANGUN satu hari nanti. I know, I'm kinda emo right here, now. 'cause I really mad to those men who always hit woman or their wife. Tkde adab langsung. And tk gentle ah pkul perempuan. Tak cari lawannya sendiri. Kalau sekali aku haaa kau kang, telentang kau japgi. Okay.....

Ika cukup cukup marah pada lelaki yg suka mengkhianati wanita. Tolonglah. Kitaorg tahu yg kitaorg lemah selemahnya tapi jangan layan mcm ni. Dalam Islam, ade bgtahu, "Kalau nak tegur isteri yg bersalah, tegur dgn cara betul. Contoh, amaran pertama tegur! Amaran kedua, tegur juga. Amaran ketiga baru boleh pukul. TETAPI! Pukul bukan bermakna pukul wrestling tu, pukul kaki sahaja. Kaki sahaja bukan kt kaki kt muka dia. Ika bukan ape lah, Ika ikrar pada diri Ika sendiri Ika tkkn biarkan future husband Ika nnt buat mcm tu. Nk jd ape jadi lah, before kahwin, wajib belajar silat! Haa mau kau tahu langit tinggi ke rendah. Ika serious, Ika tk main main. Ika tkkn biarkan benda tu berlaku pd diri Ika. InsyaAllah, tu pun kalau Allah beri laluan yg cerah untuk Ika hidup bahagia. Sama-sama doa supaya muslimah pada hari kemudian, tidak lagi menjadi mangsa pukul oleh lelaki. Sama sama kita doa ye :)

Jadi smpai sini je lah post Ika. Ika pun tk nk ckp byk psl benda ni. Rasanya tu paling sensitif bg orang lelaki. Maaf ampun kalau ade salah silap dlm post Ika kalini. Ika harap post ni dpt buat lelaki lelaki yg luar sana tk lagi bertindak ganas terhadap wanita :) InsyaAllah..
Thanks for reading. xoxo

Tuesday, December 11, 2012

Apakah faedahnya merokok ni?

Assalamaualaikum w.b.t :)

Sometimes I wonder ape bestnya merokok ni? Bukan ke tu memudaratkan diri sendiri? Lama lama asap yg awak beli tu tukar jadi penyakit dlm jantung awak. Hilangkan stress? Untuk hilangkan stress, berdoa, berzikir atau mengaji al-Quran bukan merokok rasanya. Entahlah Ika tk rasa tu semua so I can't judge quickly.

Ika sedih tgk abah degil tk nk berhenti merokok. Ya Allah, dah ternyata rokok tu membahayakan. Abah pernah kena heart attack, tk nk lah kena lagi sekali. Ada Ika dgr dripd ustazah Ika kt sekolah, "Perkara yg memudaratkan umat Islam itu telah jatuh hukum haram." Contoh terdekat, merokok ni lah. Tkde faedahnya. Dahlah membazir duit, dapat asap pula tu, ade penyakit and lastly haram bg orang yg boleh memudaratkan seseorang. Seolah-olah menyeksa diri sendiri. Ramai kaum Adam yg smoking sana sini. Asap yg kita dekat tu, kita juga kena. yg tk smoking pun kena. So here, take my advice, stop smoking, put it down and retired from smoke, okay? Mendatangkan penyakit bg diri sendiri dan bagi orang-orang lain yg dekat dgn smokers.

Itulah manusia, perkara yg tk boleh buat, kita nak buat. Pelik sgt. Mmg susah nak berhenti merokok tapi cuba lah.. Utk diri sendiri and orang lain. Ika byk kali nasihatkan abah. Rasa mcm nak sorok je rokok abah tu tapi takut dia mengamuk pula, adoi -___-" hahaha. Okaylah see you on the next post, insyaAllah
Thanks for reading. xoxo

Monday, December 10, 2012

Tutup aurat.

Assalamualaikum wbt, kawankawan seagamaku, muslimah sekalian :) Harini Cik Ika nak cerita sikit tentang tutup aurat ni :) Hehek. Sesape yg sudi baca, baca lah ye. Hihihi and muhasabahkan diri. Ika post ni pun nak nasihatkan diri sendiri juga. Okay here. Ehem ehem, *pasang lagu maher zain* hihi ade semangat sikit.

Kata Ustaz Azhar, tk wajib pakai tudung. TAPI! Wajib TUTUP AURAT! Ha dgr ye tu. Mesti beribu-berjuta-berbillion orang kt luar sana tu dah tahu yg kita ni wajib tutup aurat, sama ada lelaki mahupun wanita. Dosa besar ye bila orang yg bukan mahram kita nmpk aurat kita. Wow, kata dosa ni terus bayangkan api neraka yg menggelegak tu. Nauzubillah. Risaunya hati ni, Allahu.. First for all, Ika nak tegur cikit lah yee ihihi. Nak ckp psl kaum Hawa kita yg sana tk pakai tudung. Bukan kita ni benci tgk awak terdedah, tapi kita sayang awak. Bukan kita meluat tgk awak lawa tidak bertudung, tapi kita lebih suka tgk awak tertutup. Bukan kita dengki tgk awak cantik, tapi lebih nak tarik awak ke jalan syurga Allah yg kekal tu sbnrnya. Saya sayang kawankawan saya. Saya tk nk kawan saya yg tk pakai tudung, rambutnya terbakar, badannya yg terdedah dicelup dlm api neraka. Awak sekalian, tahukah bahawa sekumpulan kaum Hawa lebih ramai memasuki neraka jahanam kerana aurat, sayangku. Jom lah kita sama sama pakai tudung untuk diberkati.

Adakala kita fikir, kita ke syurga atau neraka di akhirat nanti ye? Nauzubillah, bergantung pada amalan masing-masing. Bukanlah saya menyebok nak nasihatkan awak tapi saya sayang awak sekalian, sbb kita sesaudara Islam. Saya tk nk awak rasa pahit di sana nanti. Saya tahu saya pun belum tentu masuk syurga tapi saya tgh berusaha menjadi ahli syurga. Ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. InsyaAllah, Dia akan ampunkan dosa sekalian. Saya pun belum lagi sempurna tapi cuba nak memikat hati Allah setelah bertahun saya buta pada cinta Allah yg kekal abadi. SubhanAllah, betapa besarnya cinta Allah, betapa indahnya kasih Allah itu.. Letakkan Allah di hati, agama di jantung, sunnah rasul di ingatan, insyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.. Allah berjanji akan membimbing hamba-Nya yg ingin berhijrah, insyaAllah jangan risau ye, kakak-kakak, adik-adik :') InsyaAllah kita akan berjaya pikat hati-Nya :')

And kata tutup aurat je, solat? Ha, ye solat tu penting. Sebelum memulakan jalan perhijrahan kita nanti, utamakan solat. Mulakan solat fardu, lima waktu, kemudian solat taubat. :) Mcm tu leeeeee. Baru ade chance nak masuk syurga, InsyaAllah. Mungkin mulamula tu pahit rasanya nak berhijrah, tapi lamalama tu, percayalah!! It's really awesome! I know, Ika ngn angah pun baru je masuk langkah pertama, fasa pertama tapi excitednya, MasyaAllah, kemain lagi. Hehehehe. Have a faith in Allah, insyaAllah, Dia akan tolong. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. SubhanAllah, nmpk tk kasih sayang-Nya yg tk terhingga tu? :')) Okaylah, Ika rasa cukup post pendek ni ye (pendek ke? nmpk panjang je, hahah), lain kali Ika update lagi, insyaAllah. Mungkin next post psl, hukum orang merokok? Haaa. hihi ade idea ni, hope tk melayang yeee. *kunci idea dlm store* hehe. InsyaAllah ye. Assalamualaikum :')

P.S: La tahzan InnaAllaha ma'ana :) Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita. :)
Thanks for reading. xoxo

Wednesday, December 5, 2012

Islam itu indah..


Assalamualaikum w.b.t pada hamba-hamba Allah yang membaca ni. Hehe. Tak seberapa lah post ni. Just bersyukur pada Allah SWT kerana dikurniakan peluang untuk hidup. Alhamdulillah. Ika ade umi, abah, adik beradik yg faham even sometimes annoying. Hahaha tu normal lah yg penting kasih sayang berkekalan. Dan Ika bersyukur sbb Ika dpt hidup dgn selesa, abah kesana sini cari rezeki yg halal. Alhamdulillah :') And kemudahan semua lengkap. Makan, minum, tempat tinggal, baju, barang keperluan, handphone laptop. :') Hehehe bersyukur tk terhingga. Dulu Ika jahil dlm segi agama. Ika tk byk sgt ikut perintah Allah tapi dlm saat saat mcm ni tetiba ingat mati.. Bila kita ingat Allah, teringat pd hari mati kita, hari akhirat kita, teringat tu semua terus ingat pada balasan Allah kt sana nanti. Terfikir juga, mcm mana aku nanti ye? Aku banyak dosa. Aku tk solat, tutup aurat tk sempurna, byk buat perkara tk elok, mengumpat orang. Allah ampunkan tak? Ika cuba ubah semua tu ke jalan yg lebih cerah. Alhamdulillah skrg tgh kekalkan ape yg Ika ubah. Ika harap semua ni berkekalan hingga ke akhir hayat. Mmg byk sgt dosa Ika. Tk terkira, tk terhingga. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Ika :')) Aamiin~ :)

Ika bukan nak tunjuk perhijrahan Ika ni. Tapi nak bagi pengajaran buat semua. Sempatkah lagi kita untuk taubat pada Allah pada usia mcm ni? Walaupun kita baru berbelasan tahun, tapi mana tahu sesaat lagi kita tk menghirup udara yg Allah bagi? Mana tahu kita tetiba jatuh tangga? Jatuh memana and balik kepada-Nya? Mana tahu? Kita langsung tk tahu bila kita mati, bila kita dibawa kt hari akhirat, tapi kita boleh usaha untuk cari hidayah tu. Tkkn nak tunggu sampai matahari terbit ke barat  baru nak cari hidayah? Mmg tk boleh nafikan hidayah tu datang dari Allah tapi tkkn lah kita nak serahkan segala-galanya pada Dia. Dia bagi kita akal, fikiran untuk berfikir sejauh mana kita boleh usaha. Dia bagi segala-galanya, kita usaha. Sama ade nak ke tidak itu je. Kita sibuk cari tulang rusuk kiri kita, tapi sebenarnya semua tu kerja Allah SWT :') Ika lega bila tgk family pun nak berhijrah sama, insyaAllah :') Speech tadi cuma nasihat je ye? Hahahah nak jadi pendakwah bebas kt sini lah. Kalau kt twitter orang kata hipokrit lah ape lah, haihh -.- Hehehe Ika mengharapkan Allah sentiasa memahami Ika :')) Baru Ika sedar, baru Ika faham erti cinta Allah SWT. SubhanAllah.. Dia Maha Besar.. Segala-galanya di tangan-Nya :') Ya Allah... entah mcm mana lah hidup ku di sana ye? Syurga atau neraka? Hm bergantung pada amalan ku...

Ika insaf dri segala-galanya. Abah pernah pesan, "Kalau dari skrg tk usaha utk rebut pahala Allah, susah bila dah tua nanti.." :') Ye abah, insyaAllah Ika akan jadi muslimah sejati, dan anak yg baik buat umi, abah :') dan harap dpt jadi hamba yg baik bagi Allah.. insyaAllah ye :') Ika igt hihihi berangan jap. Ika tukar plan. Dulu nak jadi wedding planner kan? Hahah ni tukar pula. Nk jadi lawyer. Hehehehe peguam syariah, insyaAllah ataupun ustazah? Hm Ika tkde basic agama. means dulu skolah biasa, tk sekolah tahfiz tu semua. Hmm acano ni? Haih. Bila belajar kt sini dlm a few years. Nak fly ke Mesir. Amik course law. Sampai sini sambung sikit ke? Then jadi lah lawyer, yoooo~ hahahah tapi tu kita merancang, Allah tentukan segala-galanya :') Okaylah Ika rasa Ika dah byk sgt cakap so I gotta go :')

P.S: Couple haram, bercinta tidak. Tapi bercinta itu bermaksud, 'menjadi yg halal baginya' means, bercinta selepas nikah. And one more thing, bercinta di usia begini ade batasnya :')



Thanks for reading. xoxo

Tuesday, December 4, 2012

Went back to normal..

Assalamualaikum w.b.t saudara mara yang beragama Islam. Syukran ya ALLAH atas nikmat-Mu harini. Bersyukur tk terhingga pada-Mu :')) Walaupun Ika nampak keji, hina, and byk buat dosa pada Allah :( Hopefully Ika sempat perbaiki semuanya.. insyaAllah ;)) Anyway hari ni nk cerita pasal my dad yg baru je lepas keluar hospital. You know, smlm nak update but balik pun dah malam, and penat gila so I just straight to the bed. Hehe. Abah kena heart attack pagi Ahad. Suddenly and umi bawa gi Arunamari tapi diorg tk dpt rawat 'cause tkde specialist psl jantung so abah naik ambulans ke hospital Sri Kota. Umi pun naik sama. And kakak brought me to the hospital dgn adik. Lepas Zuhur mcm tu lah. Abah masuk ccu. Lepas masukkan ape tah nama tu supaya tkde yg blocking kt jantung abah. And after all, he's fine and safe! Alhamdulillah. Lepas okay ni boleh lah gaduh balik ye abah? hahahaha Ika selalu ngusik, saling ngusik and sometimes he's annoying. hahaha dlm gurau tu kadangkadang ade je. Haihh. Dekat hospital pun buat lawak -,- ade ke? Hahaha orang sakit mana leh cakap byk. Rehat jelah. Ika and umi lah jaga abah. Makan minum semua hospital sediakan. Lepas pkul 7 kena balik. Time melawat habis.. And mcm tu lah rutin kitaorg selama 3 hari ni. 1 malam je abah masuk wad ccu. For second day tu dah masuk wad biasa.


Lega bila semua dah selesai. And hidup kena teruskan walau mcm mana pun. :')) Lately ni Ika rasa emo je. Kenapa tah. Haih selalu sgt dah ni. Murung tapi tkde sape nampak :') Haih.. and buat pengetahuan semua, Ika nak berhijrah :) You know what hijrah is? Hehehehe. Berhijrah dari keburukan kepada kebaikan. Mungkin yg lebih baik? Hihi. InsyaAllah Ika boleh :'))) And now starts planning my life, my future.. Ya Allah, permudahkanlah segalanya, aameen~ :) Ika malas lah nak fikir pasal masalah kawan, cintan cintan nih. You know that COUPLE is HARAM? Mendatangkan maksiat dan zina? Kalau kita saling berpandangan, dan saling mengingati Allah, insyaAllah tu jodoh yg baik. Tapi kalau saling berpandangan dan fikirkan perkara yg mengikut urutan nafsu, dah jatuh haram dan dosa. Mengelak atau melawan ikut hawa nafsu itu satu jihad sebenarnya. Ika tk nk lah bernasihatkan orang, skrg ni Ika bernasihatkan diri sendiri dan cuba memberitahu perkara yg Ika dah tahu. Ika pun tgh perbaiki diri Ika so Ika tk boleh perbaiki diri orang. Hihi ;) Segala yg Ika bagitahu kt blog/twitter/facebook psl agama, tu semua Ika nasihatkan diri sendiri sbnrnya. Ika lebih suka nasihatkan diri sendiri or ingtkn kt diri ni supaya tk buat lagi mcm dulu. Dulu yg selalu lupakan Allah, lupakan perintah Allah yg Allah dah katakan dalam al-Quran semuanya wajib. Sunnah Nabi tk ikut, Ika rasa malu/hina bila berdepan dgn Allah. Ika malu sesangat.. Ika rasa Ika kosong.. Tapi lepas Ika berusaha nak jadi baik, alhamdulillah :') Walaupun skrg pun tk lah Ika kata Ika perfect. Ika pun ade juga lah buat dosa sama ade sengaja ke tidak.. Ika cepatcepat minta ampun.. And kalau Ika ade buat salah pape kt korang, forgive me okay? Halalkan ape yg Ika terambil. Halalkan ilmu yg Ika simpan dari korang ke? Mana tahu kan? Hihi. Ika nak jadi hamba Allah yg sentiasa diberkati dan dirahmati.. And Ika juga nak jadi seorang muslimah sejati. Cececehhh hahaha. InsyaAllah :')))
Thanks for reading. xoxo