Friday, March 29, 2013

Assalamualaikum wbt. Hihi. Actually tkde idea pun and tk expect and tk plan pun. Lol byknya 'and' tu haha. Okay. Ika pun tk tahu nak ckp ape. Ika tkde hak nak ckp ape 'cause... entahlah bila Ika bg nasihat, dakwah, I feel like... "Aku tkde hak lah.. aku tk patut sbb aku pun buat dosa mcm diorg.." but other people said, "You should go for it!! You should continue your dakwah.." Tapi entahlah. Tkpe Allah tahu niat kita, kan? Hehe. Ika selalu pegang pada janji Allah. Ika tahu yg setiap kepedihan ada kegembiraan juga akhirnya. Dulu Ika mengaku yg Ika dulu tk pernah nak pegang pd janji-Nya. Ika mmg byk dosa pada Allah. Ika tk tahu sama ada Allah ampunkan ke tidak. Tapi... insyaAllah, HE will :') Hehe. Have faith in Him okay? Heee

Dulu Ika tk byk solat. Ika selalu skip. Selalu lupa pada Dia. Selalu enjoy dlm life. Sehinggalah satu hari Ika terbuka hati nak solat. Tu pun masa Allah turunkan musibah. Masa tu mcm mcm happens. Mmg Ika buntu, tk tahu nak buat ape so I just amik wudhu' and solat. Lepas je solat, air mata mengalir mengenangkan dosa. Allahu. banyaknya.. Tk terkira. Seluas tujuh lautan... Mmg rasa kesal.. Smpai skrg. Mmg byk sgt. Biarlah Allah je yg tahu :') Ika tk kuat untuk luahkan ape dosa Ika sbnrnya.

Lepas je Ika sentiasa amalkan, dah setahun dua lepas tu baru Ika sedar dan baru Ika hayati ape yg Ika buat selama ni. Baru Ika hayati maksud kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya. Patutlah diorg kata kasih sayang Allah tu bermakna dan penting buat kita. It makes we feels the happiness in Jannatul Firdausi. And yeah masa sehari before Maal Hijrah, awal Muharram yg baru ni, (2012), baru Ika buka pintu hati untuk betulbetul balik pada-Nya. Barulah masa tu Ika tukar penampilan Ika. Ika buang jauhjauh past past Ika. And baju ketat-ketat, baju lengan pendek, jeans. Change to skirt, baju longgar. Bukan Ika nak tunjuk, show off or riak dgn korang. Tapi sedarlah, baju baju longgar ni, tudung khemah mcm ustazah ni lah bawa korang ke jalan yg lurus. I'm not telling you that I'm gonna be in Jannah, tak! Tapi sekurangnya Allah nmpk kita berusaha untuk jadi ahli Syurga, kan? :))

Ika tk dpt nk nafikan setiap yg berlaku ni Allah dah aturkan. And tk dpt nak nafikan yg semua ni dtg dri Allah. Hidayah, jalan kita, takdir, rezeki, jodoh, ajal, maut. Tapi cuma kita je kena usaha kalau nak. Org kata, nak seribu daya, tk nk seribu dalih. :) Okay I shld stop here. Gotta go! Night sayangs semuaaa (buat kaum Hawa je) hehe ;D Assalamualaikum wbt..

P.S: Igt! Allah maha Pengampun. He will do whatever He want. Repent or it will be last pray you ever do.. Just saying. Don't be like me! Seribu satu penyesalan ;") hehe. night! tataaaaa



Thanks for reading. xoxo

Saturday, March 16, 2013

Turn to Him before it's too late..

Assalamualaikum wbt.

Tipulah kalau cakap kita tk pernah buat dosa, tk pernah buat silap. Lagilagi pada Tuhan, pada agama kita sendiri. But if you really do love Allah, love Rasulullah, love Islam, our religion, love your own self.. please.. please baca kt bawah ni. I've something for all of you..

 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




It might be long text for you to read tapi 5 minutes to read it, a few seconds you open up your heart, mind, insyaAllah you're safe. Ika pun tgh muhasabah diri, cuba nak jadi lebih baik. Bukan untuk manusia sekeliling tapi untuk Allah. Untuk diri sendiri, untuk hari akhirat nnt. Ika tk nk masuk Neraka, Ika nak masuk Syurga. Semua orang nak masuk Syurga, kan? Semua nak hidup senang, comfortable kt Syurga, kan? Jom sama sama kejar keredaan-Nya :') insyaAllah.. 
Thanks for reading. xoxo

Wednesday, March 6, 2013

I'm officially sixteen years old!

Assalamualaikum wbt.. First sekali Ika bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bagi Ika peluang untuk sama sama dgn family and kawan kawan untuk birthday tahun ni. And Ika bersyukur sgt Allah bagi Ika peluang untuk penuhi amalan untuk akhirat nnt. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Tkde benda lain selain doa-doa dri orang sekeliling yg Ika sayang and kasihi :') Ika tk minta barang mahal untuk jadikan hadiah, cukup sekadar iringan doa dan kasih sayang. Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat sebesar ni untuk Ika.. Ika bersyukur tanpa titik noktah skrg ni. Ya Allah, andai ini yg terakhir buatku, Kau jadikanlah ini yg terbaik untuk mereka dan diriku. Aamiin. Kita tk tahu bila kita mati, betul tk? Ika tk kata Ika pergi besok lusa. Kita langsung tk tahu. :)

And masa kt sekolah, ramai yg wish birthday. Dari kawan baik smpailah classmates tahu. Alhamdulillah yg lelaki kafir bukan muhrim faham erti hukum tk boleh salam.. Yg perempuan diorg salam je lah. Kan tk batal? Right? So diorg just give some wishes and kata semangat. Yg Diela, nk bg hadiah secara soroksorok tapi Allah gerakkan hati Ika nak keluar. Hahaha langsung dia tk jadi nak surprise :p huihui. Tkpe next time cuba lagi, hahaha. Comel sgt hadiah yg Diela bg. Teddy bear kecik and hiasan. Alahaii comel sgt. And kwn lain just wish, alhamdulillah diorg doakan untuk Ika. ;D

My family, umi wish Ika pagi tadi before pergi sekolah. Alhamdulillah umi peluk cium and doakan Ika juga. Ya Allah terharu sgt ape umi ckp. Hehe. Abah? Tk sempat nak wish sbb pagipagi lagi dia nak siap pergi JB, ade kerja. Hm tkpe tgh mlm nnt dia balik Ika nak minta iPad Mini ;p hahah tkdelah. Kakak and angah wish juga. Tapi kakak ade surprise. Hehehe. Comel betul cara kakak. Dia call masa Ika baru lepas shower. Dia sruh siap turun. Cakap ade org nak jumpa. Ika pun pelik. Memalam mcm ni siapa nak jumpa -.- Haih then Ika turun jelah. Dlm kereta tgk tkde spe. Tnye dlm hati, "mana orangnya?" Pastu sruh Ika pilih pintu kereta mana Ika nak buka dulu? Ika pelik betul ngn cara kakak Ika just pilih pintu belakang. Then buka tgk ade kotak hadiah kaler pink. Ika dah mula nak sebak, terharu. Then dia buka pintu depan, taraaaaa ada kek dri secret recipe. Memang rezeki Ika sbrnya. Ika dah lama teringin nak makan kek kt SR. Allahu :')) Terharu sesangat. Guess what spe bagi? Abang Faiz a.k.a bakal abang ipar :') Alhamdulillah, syukur pada Allah, syukran untuk abang Faiz ;D And masuk dlm buka hadiah, tgk dua helai tudung syazara :') Allahu, lagi sekali Ika rasa sebak, nak nangis.. Hadiah dri kakak yg capai hasrat Ika nak pakai tudung syazara. Kain halus, senang pakai, cantik and lembut.. Selesa sgt. InsyaAllah nnt abang Long kahwin bulan 6 ni Ika nak pakai. Hehehe. So smpai sini jela cerita Ika. esok Ika ada exam, paper Akaun and Ekonomi. Doakan Ika yee :')

So here's the pictures ;)

                                       
                                        Besar betul kek ni. Haha syukran kakak and abang Faiz :)

                             
                                    My very first tudung Syazara. Alhamdulillah ;) Dpt gk akhirnya.
Thanks for reading. xoxo