Friday, April 19, 2013

Aku tak sempurna..


Assalamualaikum warrahmatullahi wabbarakatuh..

Lately agak emo and yeah.. blank. Pape pun Allah ade :') Ika taklah sempurna mcm mana orang fikir. Oh dia pakai tudung labuh, tutup aurat, iman dia tinggi kot? Tak. Tak sebenarnya. Setiap manusia ni dianugerahkan kekuatan dan kelemahan. Setiap kelemahan kena diperbaiki, kekuatan kena ditingkatkan. Ika tahu and sedar Ika terlalu byk tgk kelemahan orang.. Astaghfirullah.. Ika dah byk dosa sepanjang hari ni. Fikiran Ika mcm mcm campur baur. Ya Allah, ampuni dosaku ya Allah ya Rahim. Sesungguhnya setiap kebaikan itu dtg dari-Mu, manakala yg buruk dtg dariku sendiri. Allahu, aku tk kuat.. Rasa nak nangis skrg ni.. Kesalahan yg ku buat ni besar sgt, Allahu..

Selagi tkde org yg tegur Ika, selagi tu Ika berfikiran mcm ni. Selagi tu Ika berperangai mcm ni.. Yela, manusia tk dpt lari dri buat silap. And we've learn from it, kan? InsyaAllah I'll be fine, just not today.. Rasa nak menyendiri tapi belum cukup besar lg nak keluar dri rumah. Rasa nak sorgsorg tapi belum cukup kuat utk harungi tanpa keluarga.. Rasa nak jauh dri diorg.. rasa malu sgt atas kesalahanku ni.. tapi.. Allahu, hanya pada-Mu ku berserah. Pada-Mu ku mengadu.. Walau aku makin lama makin jauh dri-Mu yang Maha Esa...

Ika nak berubah. Yes I WANT! And I can! :') Kata Prof. Muhaya, say yes!! Say you can and you will be  okay! InsyaAllah, dgn izin-Nya ;')
Thanks for reading. xoxo

Monday, April 8, 2013

Siapakah Qarin ?



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia..


P/S: Beware, muslim. And for me, too. So harap dpt tolong kita hati-hati dgn bisikan syaitan, it is Qarin setiap manusia. :) 
Thanks for reading. xoxo