Tuesday, February 26, 2013
Welcome to the family, Auni Humaira!
Assalamualaikum wbt. I shld update blog psl Auni Humaira last Sunday sbb visit dia masa hari Ahad. Tp updatenya hari Selasa -.- Oh okay. haha busywomen~ hahaha. Mana ada masa dah sekarang. Haih. It's okay lah ye. Nak tahu baby siapa yg itew pegang ni? Haaa baby Pak Uda & Mak Uda. Heeee Pak Uda, adik abah. In his family, anak anak dia semua lelaki. 3 heroes. Haikal, Haizal and Haizat. Ni baru baby girl, princess lah katakan. Nama dia Auni Humaira. SubhanAllah comelnyaaa nama dia. Heee I love to call her Auni. She seems unique. Manja, selalu nak Mak Uda pegang. Kalau letak, nangis. Hee comelnyaaa. Rindu dah kt dia. Tkpe nnt Abg Long kahwin bulan 6 nnt kita jumpa ye, Auni. Ramai panggil dia Humaira tapi Ika lebih suka pnggil dia Auni. Tk tahu kenapa. And mostly cucu-cucu wan semuanya lelaki so bila ade kelahiran gegirls, tu yg Ika rasa mcm excited lebih ;p heee~ Nak kena tunggu kakak kahwin ni! Hahaha excited gila ah weh! ;p
Thanks for reading. xoxo
Friday, February 8, 2013
Pinjaman dari Allah SWT.

Assalamualaikum wbt :)
Allah pinjamkan kita dgn pelbagai perkara melalui pelbagai cara. Allah pinjamkan nyawa pada kita. Untuk kita jadi khalifah di bumi Allah ni. Kerana siapa lagi nak jadi penjaga bumi selain dari kita. Tapi yg dpt menguasai segala perkara adalah Allah SWT. Dan Allah pinjamkan kita orang-orang sekeliling. Ada kala orang tu pergi tinggalkan kita tapi adakala orang tu setia berada di sisi kita walaupun kita tk hargai. Kenapa Allah pinjamkan orang tu untuk kita walaupun sementara dan walaupun kita tk hargai? Kerana Allah tahu disebalik pertemuan. Allah pinjamkan harta untuk kita. Untuk apa? Bukan untuk pembaziran dgn urusan duniawi tapi untuk ke jalan Allah. Siti Ai'sya r.h.a.. yg diberi barang-barangan pun, beliau sedekahkan kepada yg memerlukan. Kenapa? Kerana beliau rasa orang tu lebih memerlukan berbanding dirinya sendiri.. Allah pinjamkan mcm mcm untuk kita. Udara, tempat tinggal, manusia, segala-galanya. Dan Allah juga meminjamkan kita kekuasaan, kemahiran, bakat yg ada dlm diri kita. Adakah kita guna sebaik mungkin? Ada kita gunakan untuk menolong orang lain? Ada kita gunakan untuk jalan Allah? Tepuk dada, tanya iman. Kekuasaan, kemewahan, semua dtg dari Allah SWT. Kita tkde hak untuk riak, sombong, takbur atas segala pemberian Allah. Kalau tanpa keredhaan dan keizinan-Nya, apa lah sangat benda tu semua? Setiap pemberian Allah, ada hikmah, ada sebab. Kenapa kita nak meninggi hidung bagaikan kita yg berkuasa di bumi Allah? Astaghfirullahazim.. Hidup ni ibarat roda yg berpusing. Kita tk selalunya dia atas. Kuasa Allah, tiada siapa boleh menolak. Kalau dgn kuasa-Nya, kita diturunkan musibah, ujian, dugaan, adakah kita akan sentiasa jadikan tu pengajaran? Wallahu'alam.. Ada sesetengah hamba Allah jadikan pengajaran, ada yg tidak. Bagi yg belum, mari kita panjatkan doa yg terbaik untuknya, insyaAllah.. Jadi smpai sini lah post Ika. Assalamualaikum..
Monday, February 4, 2013
Aurat terjaga, maruah terpelihara.

Assalamualaikum sayanggggg :-))) Sayang ni for kaum Hawa jelah ye. Kaum Adam, saudara je lah. Hihihik. Rasanya tkde kaum Adam yg jengguk blog saya ni yok? Tkde kot? Heee~ Okay, harini tajuk pasal aurat wanita. Haritu dah bgtahu tapi entahlah hari ni nak bg kelainan sikit kot. Hee ;D
As you guys know yg aurat ni wajib and penting sesangat. x1000 sangat k. Haaaaa kan dah double tu. Ehem, wajib ni maksudnya KENA buat kalau tk? Kalau tk, berdosa lah jawabnya. Hm Ika bukan nak kata Ika ni baik sangat nk nasihatkan orang. Tapi nak bagi sikit info dan sebab-sebab Allah mewajibkan kita untuk menjaganya sebaik mungkin.
Kita semua tahu, kalau Allah tentukan sesuatu mesti ada hikmah sebaliknya. Walaupun ade sesetengah tk ikut. Hm tkpe mungkin diorg jahil bab aurat ni. So moh kita belajar yok. Drpd sekolah tadika lagi ustazah dh cakap yg aurat ni wajib. Aurat bukan je sehelai rambut tapi seluruh anggota badan kecuali telapak tangan dan muka. Eh eh, kaki pun aurat tahu? Haaaa jangan lupa. Tu pun aurat. Kalau kita pakai tudung tapi kaki, lengan, bentuk badan still nampak, tk ke ruginya tu? Sbb dikira dosa. Purdah tk wajib tapi ramai nk pakai. Sesetengah pakai kerana Allah SWT. And ade sesetengah sbb kerana trend (ni kes aku lah ni, nak pakai ikut trend) astaghfirullahalazim... Angah tk kasi Ika pakai pun -,- hihi umi pun tk kasi. Diorg ckp it's heavy duty for me to do it. Hm okayy ape yg umi or angah ckp tu mesti ade kebaikan terserlah. Cehh ayat -,- haha
Dada pun aurat. Sbb tu ramai yg labuhkan tudung smpai menutupi dada. Belakang pun kalau boleh labuhkan lah. Heeee. Jom kita sama sama berubah demi mencari keredhaan-Nya. Bukan nak kejar pahala je, jaga aurat dapat menjaga maruah kita. Kita seksi sana sini orang laki pandang, jadi lain. Orang lain pun cakap belakang kita. Tk ke sakit hati tu. So jom kita sama sama jaga aurat dan maruah. Dulu Ika pun pendek juga. Allah maha Pengampun. Pintu taubat terbuka luas kecuali 40 hari before kita mati. :)))
Ustazah ada cakap, kita boleh jadi cantik tapi bukan di khalayak ramai. Cuma untuk yg mahramnya je. Mcm family, kawankawan perempuan (kecuali orang kafir perempuan), nenek, mak/ayah saudara, sepupu perempuan. Buat ape nak cantik cantik depan orang ramai smpai sanggup nak buka sana sini. Astaghfirullahalazim.. Biarlah kita panas tutup aurat kt dunia, kt Syurga nnt sejuk dia, Allahu... Mmg nikmat-Nya besar :'))) Walaupun orang yg tutup aurat ni tk jamin masuk Syurga, sekurangnya mencuba ye dak? Heeee. Ika minta maaflah kalau ada salah silap dlm post ni. Kalaukalau ada yg terasa hati, I'm really sorry. Ika tk maksudkan tu. Ika nak kita sama sama masuk Syurga. Sbb kaum Hawa ramai yg jadi penghuni Neraka :'( Ika takut sgt. Ika nak kita semua berjaya dunia akhirat. InsyaAllah :'))
Thursday, January 24, 2013
Maulidur Rasul.

Assalamualaikum wbt. Today is Maulidur Rasul. Sape tk tahu, hamba Allah yg terhebat ni. Sape tk tahu, penyampai wahyu dari Allah ni. Masya-Allah, baginda mmg hebat! Truly! Dari sudut hati semua mesti sayangkan banginda. Sbb baginda dah byk sampaikan wahyu untuk kita. Banyak smpaikan pengajaran. And banyak sunnah-sunnah baginda yg boleh kita jadikan teladan. Alhamdulillah hari ni Ika berkesempata nak update blog. Bukan sbb nk wish Maulidur Rasul je, sbb nk cerita perjalanan 2013 Ika ni. Hihi. Ika bersyukur sesangat sbb dilahirkan dlm agama Islam. Ika bangga dilahirkan dibawah umat Nabi Muhammad SAW. Ika bertuah sesangat. Ika dapat tahu sirah kehidupan baginda. Perkahwinan baginda dgn Siti Khadijah. Ya Allah sweet sgt :') And terbaru ni buku motivasi Ika baru beli psl Ai'sya r.ha :)) Best sgt baru je separuh baca, hihi tapi mmg masa part dia cemburu tu sweet. Sbb baginda masih dpt pujuk Ai'sya. Siti Khadijah, Siti Ai'sya dan puteri bongsu Rasulullah, Fatimah juga tokoh kesayangan Ika :) Ika tk tahu nak cerita ape lagi pasal Rasulullah. Baginda mmg yg teratas. On the top of course, Allah SWT. Kedua dlm hati ni, Rasulullah SAW. Ketiga, family :) keempat kawankawan. hihi. Tapi Ika sayang pun tk reti nk hargai.. Ika sayang Rasulullah, tapi jarang berselawat ke atasnya. Astaghfirullahalazim.. Ika sayangkan Allah SWT, tapi jarang bangun awal nk solat. Selalu lambat-lambat :/ Berdosa sayanggg oi. Haih selalu nasihatkan diri sendiri tapi entahlah. It's not working yet. Its okay.. Try to change lepas ni.. InsyaAllah.. hehe. Okay jom dgr lagu Maher Zain. Sempena Maulidur Rasul ni. And jangan lupa selawat ke atasnya jugaaa ye :)
"Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala ali sayyidina Muhammad"
Okay skrg nk cerita pula psl life baru Ika ni. Cehh baru ke? haha tkde lah baru sgt tapi memulakan hidup dgn perkara yg baru. Hm semua baru rasa lain mcm je. And Ika dpt masuk kelas Akaun. Rasa lain sbb kawan Ika semua berpisah. Farah and Della kelas SC. Maira, Miera and Mira sorang lagi tu kelas perdagangan. Sedihnya... Fatin pula kelas akaun tapi belakang :( Tggl Ika sorang. Dlm kelas senyap jelah. tapi lamalama dpt sorang kawan cina tapi lelaki lah. Hahah mmg dri form 3 sama kelas. Dia tu gila -,- suka usik orang. Hahah and dpt gk kawan baru. Cina juga.. Ade lah Melayu tapi tk rapat sgt. Rapat dgn Cina je skrg ni. Rasa lain sgt lah :/ And Maira pula kemungkinan dpt sekolah Vokasional. Sedih teramat... Farah pun maybe pergi Melaka. Entah-entah last sekali tinggal ngn Della je. Fatin pun nk pergi Vokasional.. Haih semua nk tinggalkan Ika :( Sedih. Tkpelah. Setiap yg berlaku pasti ada hikmah ;)) InsyaAllah Ika akn belajar rajinrajin. Umi, abah ngn angah suka sgt bila dpt tahu Ika kelas akaun. Ika pun tk sangka. Expect kelas perdagangan sekali maths dpt C and okaylahh tu cikgu masukkn akaun >.< hihi most lucky girl lah. Hehehehek. Okaylah Ika henti kt sini jelah k. Byeee assalamaualaikum ;)) xoxo

P.S: Motif hidup ni? Li'lahi ta'ala. Semua kerana Allah. Mencari keredhaan-Nya..
Subscribe to:
Posts (Atom)

