Friday, May 24, 2013

Ukhuwah.



Assalamualaikum wbt ^~^ Ika tk sempat nk update awal-awal. Planning before exam start tapi sibuk sgt dgn hal hal yg tkleh dielakkan. Cehh mcm artisss~ -.- haha. Anywayy, korang sihat? Huu alhamdulillah Ika sihat and alhamdulillah.. happy sikit. Hm sikit? lol syukur jelah ape yg Allah turunkan utk kita, yok?

So harini. Nak ckp psl ape? Hehehe. Ukhuwah? Tahu ape tu ukhuwah? Ukhuwah tu persahabatan dlm bahasa arab (i guess), and ukhuwah ni wajib jaga. Putus silaturahim, Allah tkkn pdng kita kt akhirat nnt. O.O fuhhh meremang dgr. Takutnya. Astaghfirullah. Ika cuba jaga persahabatan Ika dgn kwnkwn Ika even sometimes ade masalah sikit. Goyang sikit friendship ni.. hmm. Entahlah. Ika pun dh lupakan kisah lama yg Ika rasakan pedih yg kesilapan lepas Ika dh buat. Ika tkde chance nk ubah balik. Ika tkde peluang nak jadi mcm dulu.. Ika yg dulu selalu bahagiakan kawankawan and bagi diorg peluang utk jd diri mereka sendiri but now? Ika mcm berubah gila and trying to shape them.. Okaylah. Let's buat sesi luahan ye? Haha harap Fatin Humairah baca ni.. tp tahulah dia tahu ke tak T_T huu

First sekali yes, sorry a lot. Ika cuba mcm mcm tapi tkde hasil. Sbb ad obstacle yg menghalang. Ika harap Maira tahu. Ika sayang kawankawan Ika especially you! Ika nak jd mcm dulu tapi Ika yg dulu tu dah lama terkubur. Ika cuba nak cari balik diri Ika yg dulu tapi susah sgt, Maira. Ika tahu ni semua salah Ika. Ika sendiri jauhkan diri dari Maira. Elak setiap kali ajak hangout, ajak gi mana-mana. Ika nak ade masa utk ubah diri jadi hamba Allah yg baik. Sambil tu cuba nak dekatkan korang sekali dgn Ilahi. Tapi Ika tk mampu tarik lagi dah. Ika tk mampu nk dekatkan lagi. Sbb tk nk Maira kecik hati or fikir Ika terlalu taksub dgn agama Islam ni. Tp Maira, bila ade suatu hari nnt Allah buka mata, pintu hati Maira, Maira akan rasa hidup tenang, rasa disayangi oleh Allah.. seriously Ika dah rasa.. Even ade sometimes dlm sengaja tk sengaja juga kita buat silap. Yelah kitakan manusia.

 Ika yg dulu tu, suka gelak-gelak, kan? Tk matang, ceria and ikut kepala korang, kan? Hahaha Ika pun rindu gk time form 2. Perangai yg terikut sgt ngn korangg. Hee. Tapi kalau dah ni takdir yg Allah tentukan, kita tk boleh buat pape kan? :( Salah Ika ke? Hmm. Kalaulah Ika boleh terima Maira seadanya mcm dulu... Kalaulah Ika ni sentiasa think positive towards you.. Kalaulah Ika ni sentiasa jadi peneman hidup Maira yg dah digantikan dgn someone.. I used to be, kan? Tkpelah, setahun lebih dah merasa hidup ngn Maira. Ckup kot utk mengenal isi hati smpai kita hampir renggang.. Hmm :/ Cikgu Aisyah pernah cuba nak selesaikan masalah kita tapi kalau masing-masing tk nk selesaikan cara honesty, mcm mana kan? :/ Ika faham Ika ngn Maira cuba nak jaga hati masing-masing. Saling nk jaga hati sendiri lah ape lah..

Mmg niat Ika nak settelkan tapi setiap kali kita cuba nak luahkan, Ika harap Maira focus 100% on me. Listen carefully. Mmg kita tk dpt nk selesaikan sbnrnya melainkan Ika sendiri lepaskan, paksa diri lupakan psl benda ni :'D Ika rasa mcm Ika tepuk sebelah tgn .___. Forever alone. Hahah. Hm apelah Ika mengarut ni.. Honesty Ika ego sgt. Ika tk nk Maira tahu yg Ika perlukan Maira juga. Harihari Ika fikirkan psl kita. Sbb harihari Ika nmpk kemesraan Maira ngn Miera. Ika tahu Ika tkde hak nak halang Maira kwn dgn siapa, rapat ngn siapa. Sbb dlu pun Ika pernah rampas Maira dri Farah, Diela smpai kita berempat mcm renggang.. Skrg ni kalau Maira still diam gak, anggp benda dah settle, tkpelah. Ika redha. Ika faham. Sometimes, kita kena rasa kehilangan supaya kita dpt hargai seseorg tu for a next chances. Tu pun kalau Ika ade peluang..

Hm, rasa nak nangis ah. Hahahah. Okay dah pun ngalir air mata. *wipe tears* Hahaha tkpe saya okay, saya dah besar! Hhihihi.
Thanks for reading. xoxo

Saturday, May 11, 2013

Because happiness is a choice..


Assalamualaikum wbt. Huuuu~ lama eh tk update? Haa malas. hahah tkdela. Entahla, rasa tkde mood and tkde idea and tkde masa. hahaha. So ya, gmbr tu nmpk dh ape tajuk nk ckp harini. Cehh mcm ape je. Haha. Yeah, happiness is a choice tapi ade lagi ramai manusia yg suka tersempit dlm kedukaan. Tapi ade manusia yg tkde pilihan lain selain tu? Maybe. And mungkin ade yg situasinya, sbb Allah tk izinkan? Maybe. And yeah, kebahagiaan ni satu rahmat dri Allah. Hadiah terbaik yg Allah pernah bagi selain dari hidayah-Nya. Yeah, actually hidayah Allah tu lagiiiiiiii double bermakna. So bersyukur and ucaplah ALHAMDULILLAH setelah dpt hidayah yok? Kebahagiaan no 2. Rahmat, nikmat yg Allah bg pun sama ;p hihik.

Bila kita tanya diri sendiri, 'mampukah aku tanggung semua ni? mampukah aku kuatkan hati, kuatkan iman supaya dpt tempuh semua ni?'. Mesti selalu tnye, kan? Yeah me too! Sbb ade kala, a few things I going through, tk semuanya mampu tangani. Tk semuanya mampu tabahkan diri dan dpt istiqamah dlm jalan Allah. Iman ni kejap naik kejap turun. Mana ade straight ke atas kan? Mesti ade turun naik. Tapi bila kita tnye pd diri kita mcm soalan td, it's automatically be strong. Honesty, walau sebanyak air mata mengalir kerana dugaan, ujian yg diturun oleh Allah, mesti lamalama mampu tangani, mampu kata, "YEAHH, aku kuat!" Perasaan, what we really feel semua dtg dari Allah. So bila kita mampu bangkit selepas jatuh, bermakna Allah menarik tangan kita untuk kita bangkit, ye dok? hihihik.

Ika tk tahu kenapa Ika suka cerita positive tapi dlm real life Ika, byk yg negative.. Haih. It's okay, tgh perbaiki diri, tgh muhasabah diri, tgh latih diri, tgh sabarkan diri. ;) peace!! I shld stop here and go to sleep! Tata, assalamualaikum! ;) xx
Thanks for reading. xoxo

Friday, April 19, 2013

Aku tak sempurna..


Assalamualaikum warrahmatullahi wabbarakatuh..

Lately agak emo and yeah.. blank. Pape pun Allah ade :') Ika taklah sempurna mcm mana orang fikir. Oh dia pakai tudung labuh, tutup aurat, iman dia tinggi kot? Tak. Tak sebenarnya. Setiap manusia ni dianugerahkan kekuatan dan kelemahan. Setiap kelemahan kena diperbaiki, kekuatan kena ditingkatkan. Ika tahu and sedar Ika terlalu byk tgk kelemahan orang.. Astaghfirullah.. Ika dah byk dosa sepanjang hari ni. Fikiran Ika mcm mcm campur baur. Ya Allah, ampuni dosaku ya Allah ya Rahim. Sesungguhnya setiap kebaikan itu dtg dari-Mu, manakala yg buruk dtg dariku sendiri. Allahu, aku tk kuat.. Rasa nak nangis skrg ni.. Kesalahan yg ku buat ni besar sgt, Allahu..

Selagi tkde org yg tegur Ika, selagi tu Ika berfikiran mcm ni. Selagi tu Ika berperangai mcm ni.. Yela, manusia tk dpt lari dri buat silap. And we've learn from it, kan? InsyaAllah I'll be fine, just not today.. Rasa nak menyendiri tapi belum cukup besar lg nak keluar dri rumah. Rasa nak sorgsorg tapi belum cukup kuat utk harungi tanpa keluarga.. Rasa nak jauh dri diorg.. rasa malu sgt atas kesalahanku ni.. tapi.. Allahu, hanya pada-Mu ku berserah. Pada-Mu ku mengadu.. Walau aku makin lama makin jauh dri-Mu yang Maha Esa...

Ika nak berubah. Yes I WANT! And I can! :') Kata Prof. Muhaya, say yes!! Say you can and you will be  okay! InsyaAllah, dgn izin-Nya ;')
Thanks for reading. xoxo

Monday, April 8, 2013

Siapakah Qarin ?



Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia..


P/S: Beware, muslim. And for me, too. So harap dpt tolong kita hati-hati dgn bisikan syaitan, it is Qarin setiap manusia. :) 
Thanks for reading. xoxo