Monday, December 10, 2012

Tutup aurat.

Assalamualaikum wbt, kawankawan seagamaku, muslimah sekalian :) Harini Cik Ika nak cerita sikit tentang tutup aurat ni :) Hehek. Sesape yg sudi baca, baca lah ye. Hihihi and muhasabahkan diri. Ika post ni pun nak nasihatkan diri sendiri juga. Okay here. Ehem ehem, *pasang lagu maher zain* hihi ade semangat sikit.

Kata Ustaz Azhar, tk wajib pakai tudung. TAPI! Wajib TUTUP AURAT! Ha dgr ye tu. Mesti beribu-berjuta-berbillion orang kt luar sana tu dah tahu yg kita ni wajib tutup aurat, sama ada lelaki mahupun wanita. Dosa besar ye bila orang yg bukan mahram kita nmpk aurat kita. Wow, kata dosa ni terus bayangkan api neraka yg menggelegak tu. Nauzubillah. Risaunya hati ni, Allahu.. First for all, Ika nak tegur cikit lah yee ihihi. Nak ckp psl kaum Hawa kita yg sana tk pakai tudung. Bukan kita ni benci tgk awak terdedah, tapi kita sayang awak. Bukan kita meluat tgk awak lawa tidak bertudung, tapi kita lebih suka tgk awak tertutup. Bukan kita dengki tgk awak cantik, tapi lebih nak tarik awak ke jalan syurga Allah yg kekal tu sbnrnya. Saya sayang kawankawan saya. Saya tk nk kawan saya yg tk pakai tudung, rambutnya terbakar, badannya yg terdedah dicelup dlm api neraka. Awak sekalian, tahukah bahawa sekumpulan kaum Hawa lebih ramai memasuki neraka jahanam kerana aurat, sayangku. Jom lah kita sama sama pakai tudung untuk diberkati.

Adakala kita fikir, kita ke syurga atau neraka di akhirat nanti ye? Nauzubillah, bergantung pada amalan masing-masing. Bukanlah saya menyebok nak nasihatkan awak tapi saya sayang awak sekalian, sbb kita sesaudara Islam. Saya tk nk awak rasa pahit di sana nanti. Saya tahu saya pun belum tentu masuk syurga tapi saya tgh berusaha menjadi ahli syurga. Ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. InsyaAllah, Dia akan ampunkan dosa sekalian. Saya pun belum lagi sempurna tapi cuba nak memikat hati Allah setelah bertahun saya buta pada cinta Allah yg kekal abadi. SubhanAllah, betapa besarnya cinta Allah, betapa indahnya kasih Allah itu.. Letakkan Allah di hati, agama di jantung, sunnah rasul di ingatan, insyaAllah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.. Allah berjanji akan membimbing hamba-Nya yg ingin berhijrah, insyaAllah jangan risau ye, kakak-kakak, adik-adik :') InsyaAllah kita akan berjaya pikat hati-Nya :')

And kata tutup aurat je, solat? Ha, ye solat tu penting. Sebelum memulakan jalan perhijrahan kita nanti, utamakan solat. Mulakan solat fardu, lima waktu, kemudian solat taubat. :) Mcm tu leeeeee. Baru ade chance nak masuk syurga, InsyaAllah. Mungkin mulamula tu pahit rasanya nak berhijrah, tapi lamalama tu, percayalah!! It's really awesome! I know, Ika ngn angah pun baru je masuk langkah pertama, fasa pertama tapi excitednya, MasyaAllah, kemain lagi. Hehehehe. Have a faith in Allah, insyaAllah, Dia akan tolong. Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. SubhanAllah, nmpk tk kasih sayang-Nya yg tk terhingga tu? :')) Okaylah, Ika rasa cukup post pendek ni ye (pendek ke? nmpk panjang je, hahah), lain kali Ika update lagi, insyaAllah. Mungkin next post psl, hukum orang merokok? Haaa. hihi ade idea ni, hope tk melayang yeee. *kunci idea dlm store* hehe. InsyaAllah ye. Assalamualaikum :')

P.S: La tahzan InnaAllaha ma'ana :) Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita. :)
Thanks for reading. xoxo

No comments:

Post a Comment