Friday, February 8, 2013

Pinjaman dari Allah SWT.


Assalamualaikum wbt :)

Allah pinjamkan kita dgn pelbagai perkara melalui pelbagai cara. Allah pinjamkan nyawa pada kita. Untuk kita jadi khalifah di bumi Allah ni. Kerana siapa lagi nak jadi penjaga bumi selain dari kita. Tapi yg dpt menguasai segala perkara adalah Allah SWT. Dan Allah pinjamkan kita orang-orang sekeliling. Ada kala orang tu pergi tinggalkan kita tapi adakala orang tu setia berada di sisi kita walaupun kita tk hargai. Kenapa Allah pinjamkan orang tu untuk kita walaupun sementara dan walaupun kita tk hargai? Kerana Allah tahu disebalik pertemuan. Allah pinjamkan harta untuk kita. Untuk apa? Bukan untuk pembaziran dgn urusan duniawi tapi untuk ke jalan Allah. Siti Ai'sya r.h.a.. yg diberi barang-barangan pun, beliau sedekahkan kepada yg memerlukan. Kenapa? Kerana beliau rasa orang tu lebih memerlukan berbanding dirinya sendiri.. Allah pinjamkan mcm mcm untuk kita. Udara, tempat tinggal, manusia, segala-galanya. Dan Allah juga meminjamkan kita kekuasaan, kemahiran, bakat yg ada dlm diri kita. Adakah kita guna sebaik mungkin? Ada kita gunakan untuk menolong orang lain? Ada kita gunakan untuk jalan Allah? Tepuk dada, tanya iman. Kekuasaan, kemewahan, semua dtg dari Allah SWT. Kita tkde hak untuk riak, sombong, takbur atas segala pemberian Allah. Kalau tanpa keredhaan dan keizinan-Nya, apa lah sangat benda tu semua? Setiap pemberian Allah, ada hikmah, ada sebab. Kenapa kita nak meninggi hidung bagaikan kita yg berkuasa di bumi Allah? Astaghfirullahazim.. Hidup ni ibarat roda yg berpusing. Kita tk selalunya dia atas. Kuasa Allah, tiada siapa boleh menolak. Kalau dgn kuasa-Nya, kita diturunkan musibah, ujian, dugaan, adakah kita akan sentiasa jadikan tu pengajaran? Wallahu'alam.. Ada sesetengah hamba Allah jadikan pengajaran, ada yg tidak. Bagi yg belum, mari kita panjatkan doa yg terbaik untuknya, insyaAllah.. Jadi smpai sini lah post Ika. Assalamualaikum..
Thanks for reading. xoxo

No comments:

Post a Comment