Friday, October 25, 2013

Islam itu indah.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Islam, agama paling mulia.
Ramai yang salah gunakan.
Untuk nama, maruah yg tinggi.
Islam, hanya utk yg ikhlas.
Kerana Allah S.W.T hanya pandang keikhlasan hati, bukan nama yang tinggi.

Berdakwah, adanya kerana ugutan.
Contoh: Buat tu ini, kalau tak, tak dapat itu la ini.
Ikhlaskan dirimu, wahai sahabat.
Sebarkan ilmu Allah untuk luaskan pengetahuan orang ramai.
Sebarkan kerana ingin keredaan Allah.
Sebarkan kerana sayang pada agama Islam.
Sebarkan kerana takut pada Allah.
Sebarkan kerana ingin menarik orang yang sudah lalai.

Ikhlas. Islam mengajar kita untuk berikhlas.
Niatkan kerana Allah. InsyaAllah bahagia dunia akhirat.
Ikhlas menerima dugaan, ikhlas menerima nikmat.
Allah S.W.T sayang dan kasih pada yang sentiasa ikhlaskan diri.

Rahmat Allah S.W.T. tak pernah putus.
Walau sekecil kuman.
Cuma hamba-Nya sukar untuk mencari.
Kerana sibuk dengan dugaan yg diberi.
Sedangkan kekayaan & kemewahan itu ujian.
Tetapi mereka menganggapnya nikmat semata-mata.

Hidayah, pertunjuk. Milik Allah S.W.T.
Tugas kita adalah momohon dari-Nya.
Kerana dgn kekuasaan-Nya sahaja dapat membentuk akhlakmu melalui hidayah.
Andai kita tidak meminta pertunjuk, maka kita tergolong dgn golongan org yg rugi.

Amalan. Solat, khususnya.
Perkara pertama yang disoal di alam barzakh.
Perkara pertama yang ditanya di dalam kubur.
Perkara pertama yang dihisab.

Duniawi & ukhrawi, mana yang paling penting buatmu?
Renung-renungkan, sementara masih ada waktu.
Thanks for reading. xoxo

No comments:

Post a Comment